top of page
Writer's pictureDaisy

SOP KETIKA MENGANJURKAN MAJLIS PERKAHWINAN

Updated: Aug 13, 2020

Menurut kenyataan media kementerian itu, garis panduan berkenaan dikeluarkan sebagai garis panduan untuk para penganjur yang ingin menganjurkan majlis-majlis sosial tersebut semasa tempoh Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).


Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh penganjur majlis adalah had kapasiti kehadiran pengunjung seramai 250 orang (mengikut saiz ruang majlis) dengan mewajibkan penjarakan sosial dilaksanakan dan tempoh penganjuran  yang dibenarkan juga adalah selama tiga hingga lima jam.


SOP ini juga terpakai untuk penganjuran kenduri atau majlis perkahwinan atau lain-lain majlis sosial di rumah ibadat bukan islam


Antara isi kandungan lain SOP ini adalah seperti berikut:


i. Majlis tidak dibenarkan sekiranya penganjur sukar untuk mengawal keadaan dan perilaku tetamu.


ii. Hidangan makanan dalam bentuk buffet atau layan diri adalah tidak dibenarkan.


iii. Penganjur perlu memastikan tetamu makan dalam kedudukan penjarakan sosial dan tidak berkumpul semasa makan.


iv. Tetamu dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis



32 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page