Search

SERTAI KELAS SENAMAN BERSAMA KAMI !

Updated: Feb 13



Vida bukit Ceylon kuala lumpur


Kesesakan lalu lintas di KL pada jam 6 petang amat SESAK dan memenatkan, daripada tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, apa kata anda menyertai kelas SENAMAN bersama kami ?



Pusat kecergasan fizikal Vida Bukit Ceylon, ataupun lebih dikenali sebagai “Voltz Fitness” menawarkan pelbagai jenis kelas berkumpulan pada setiap petang, dibawah pimpinan jurulatih professional yang amat diiktiraf dan dipercayai.


Tertera adalah antara jenis kelas berkumpulan yang terdapat di Voltz Fitness :



Yoga

Senaman Yoga amat disukai dan sering disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana terdapat pelbagai manfaat di sebalik amalan senaman yoga, ianya termasuk mengurangkan tekanan ,mengawal emosi, memperbaiki postur badan dan menurunkan berat badan. Selain itu, senaman yoga juga membawa manfaat dari segi kesihatan iaitu memperbaiki sistem imunisasi dan mengurangkan tekanan darah jika diamalkan secara berterusan. Senaman ini juga merupakan antara senaman yang berisiko rendah dan selamat untuk semua lapisan masyarakat lebih-lebih lagi terhadap populasi yang belum membiasakan sendiri dengan senaman yang aggresif.



Kickboxing

Senaman tinju (kickboxing) merupakan antara sesi yang paling disukai oleh ahli-ahli Voltz Fitness kerana senaman ini amat menyeronokkan dan mencabar. Senaman ini bukan sahaja boleh menyihatkan tubuh badan dan menceriakan minda, malah juga boleh melengkapkan diri dengan teknik-teknik pertahanan yang penting untuk melindungi diri daripada pelbagai ancaman. Selain itu, ramai ahli kelas kickboxing berpendapat bahawa senaman ini dapat membantu mereka untuk melepaskan tekanan dan menenangkan minda yang kusut.



Fat Blaster / Muscle Blaster

Senaman fat blaster dan muscle blaster melibatkan kombinasi beberapa senaman untuk mengurangkan indeks lemak dalam badan, pada masa yang sama juga menguatkan otot-otot badan. Senaman ini sangat berkesan untuk mengurangkan berat badan, terutamanya indeks lemak. Jika senaman ini diamalkan secara berterusan, ketahanan otot-otot akan dibina dan stamina juga dapat ditingkatkan.



Selain itu, senaman ini boleh meningkatkan kecergasan kardiovaskular kerana senaman dengan itensiti yang tinggi boleh menyebabkan jantung kita mengepam darah secara lebih effisien keseluruh anggota badan.

0 views
  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram

Vida bukit ceylon

1d Jalan Ceylon,

50200 Kuala Lumpur

Tel: +6012-360 3288

Operation Hours: 9am - 6pm

© 2019 by Vida Bukit Ceylon.